Terma & Syarat

 Terma & Syarat Menginap di Pak Aziz Homestay, KT

1.
Penyewa adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan-rakan yang sama jantina.
2.
Hanya makanan dan minuman halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke rumah penginapan.
3.
Kemudahan dan peralatan yang disediakan hendaklah digunakan dengan cara berhemah. Setiap kehilangan dan kerosakan kemudahan/peralatan tersebut akan dikenakan bayaran.
4.
Pihak pengurusan penginapan tidak bertanggungjawab jika ada sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda penyewa sepanjang tempoh penginapan.
5.
Penyewa hendaklah menjaga kebersihan kawasan persekitaran penginapan dan menghormati hak kejiranan/penduduk di sekitar rumah penginapan.
6.
Meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan serta tidak menghalang lalulintas.
7.
Waktu masuk (check-in) ialah pada jam 2.00 PM & waktu keluar (check-out) pada 12.00 PM.
8.
Bayaran deposit tempahan adalah sebanyak RM100/semalam & tidak akan dikembalikan.

No comments:

Post a Comment